01 April 2018

Ekspedisi Kenderong Kerunai 2.0 #EagleAdventures

Assalamualaikum dan apa khabar semua! Bertemu lagi kita dalam edisi outdoor yang seterusnya! *Lambai2 tangan* Lol



 

Kali ni buat julung-julung kalinya, saya nak cerita pengalaman hiking kali kedua untuk gunung yang sama. Dan kali ni gunung yang dimaksudkan (dah baca tajuk, mesti tahu gunung mana kan? Hewhew) ialah Kenderung Kerunai atau nama manjanya, K2, di Gerik, Perak pada 10 dan 11 Februari yang lalu.

Seperti yang y’all tahu (lol acah2 ramai gila pembaca setia kan haha) gunung Kenderung ialah gunung pertama yang memberikan saya pengalaman buruk waktu hiking. Sepanjang karier saya berhiking sebagai seekor panda montel aherherher, Gunung Kenderung ialah gunung ketiga yang saya panjat. Jadi memang dari segi mentalnya tak bersedia, tergezut, tanjat boboi waktu naik dan turun Kenderung memang rasa azab yang amat, sebelum tu dua gunung yang saya panjat ialah Datuk dan Kerunai, dua-dua tu bolehlah setel dalam 2-3 jam. Kenderung ni naik turun dekat 11 jam ok.

Tak cukup 11 jam, dengan sejuk melampau sebab panjat sebelum subuh sampai rasa nak hipo, ironiknya nak turun panas melampau sebab takde teduhan pokok, dengan tebing curam hampir 90 darjah yang memang horror kalau terjatuh mau kojol qolu inna,  dengan kena gigit serangga, kena hiris daun tajam dekat leher. Belum lagi peha melecet. Hayooo. Waktu tu memang koyak habis, penat nak pitams. Rasa nak bersara terus dari dunia hiking aagitu #drama

Mujurlah ada Fareez menemani dari mula sampai akhir, dia tolong jagakan saya. Bila tengah panas-panas tu, dia curah air dekat kepala saya.

Kali kedua nak ke K2 ni, Fareez tak ikut. Jadi kali ni memang menguji lah ketahanan diri sendiri kan tanpa coach hewhew. Tapi Fareez kata, kalau kali kedua panjat gunung yang sama, rasa lebih mudah dah. Gitu.

Dahlah seminggu lepas panjat Gunung Besar Hantu terus panjat K2 ni kan, badan tak sempat recover betul. 

 Bae awaa

Sebenarnya takdelah teringin nak naik pun K2 ni tapi tiba-tiba Azlan Perunding Hartanah yang pernah hike sekali ke YYBTN dan Bukit Berekeh ajak pergi K2 ni dalam group WhatsApp. Saya pun fikir-fikir, mungkin dah sampai masa kot nak pergi K2 versi 2.0, just nak tengok kalau saya dah berbeza berbanding masa mula-mula mendaki dulu. Diam tak diam, pejam celik, rupanya dah dekat 2 tahun saya buat aktiviti outdoor. K2 ni banyak pengalaman pertama saya. Pertama kali hiking tidur bermalam, pertama kali panjat 2 gunung dalam masa 2 hari, pertama kali hiking dengan orang tak kenal. 

Lagipun sebenarnya masa tu teringin nak buat latihan untuk ke Gunung KorGa, lepas tu bercita-cita nak ke Tahan.

Azlan bagi nombor sorang akak ni, Raihan atau panggil kak An je. Saya pun contact dia beberapa minggu sebelum pergi. Lepas confirm payment dengan saiz baju dia pun add saya dalam group WhatsApp. Masuk je group WhatsApp tu, mak aih, 40 orang dah dalam tu. Ramainya!

Teringat waktu saya panjat K2 masa belum viral lagi tahun 2016. Waktu tu kami join group Rentas Adventures. 20 orang je yang naik weekend kami pergi tu. Kami yang 20 orang ni pun waktu nak mendaki Kenderung tu dah berlaku bottleneck bila kena menaiki beberapa kali tali. Tali tu pulak seram gila, memang pacak hampir 90 darjah.

Kali ni takut jugak dengar 40 orang saja dari kumpulan kami. Terbayang-bayang dekat bottleneck tu, kalau 40 orang agaknya akan ambil masa lama tidak nak lepas. Lepas tu kami kena datang awal pagi pukul 4 pagi sebab nak cop tapak khemah. Masa baca tu, saya terbayang ramainya panjat K2! Sampai kena berebut tapak khemah takut dapat tapak yang takde pokok. Mujurlah saya sempat pergi K2 dulu sebelum dia viral.

Daripada cara deorang sembang dalam group, nampak macam K2 ni santai je trip dia. Dulu saya memang horror kot naik K2 ni. Pelik rasanya deorang macam cool je nak pergi K2 (ke aku yang sebenarnya tak padu lol). Dari segi tentatif, kami akan mula mendaki Kerunai lepas subuh pada hari pertama. K2 yang saya daki kali pertama dulu, kami sampai ke kem dalam pukul 1 tengahari, pukul 3 baru mula mendaki Kerunai. Sebab dulu 4 wheel tak boleh masuk kem, kena jalan dari kebun getah.

Kalau naik pagi Kerunai dan turun waktu tengahari, kami akan banyak masa untuk berehat sebelum mendaki Kenderung. Kalau saya dulu, turun dari Kerunai dah malam, pukul 2 dah kena bangun nak mendaki Kenderung. Waktu tu rasa memang pressure. Trip kali ni nampak lebih lengai.

Kali ni kali pertama menyertai Eagle Adventures. Eagle Adventures ni sangat diverse ahli dia, ada yang join dari Singapura, dari Johor, pantai timur, dari Lembah Klang, dan ramai jugak dari utara. Setiap pelusuk Malaya dia ada.

Dipendekkan cerita, malam kejadian Azlan dan Mastura ambil saya dekat rumah lepas Isya’. Azlan dengan Mas dua-dua sama tempat kerja dengan KimT. Azlan ialah designated driver kami malam ni. Katanya kalau dia letih nanti dia tukar dengan saya (kalau Fareez jangan haraplah nak suruh saya drive. Dia lagi sanggup tahan mengantuk drive daripada tukar dengan saya hewhew). Masuk kereta je, si Mas terus bantai tidur dekat belakang lol. Sepatutnya kereta kami 4 orang, tapi sorang lagi tarik diri last minute sebab ada hal yang tidak dapat dielakkan.

Mujur kami bertiga je, sebab beg 3 orang je pun dah penuh kot satu kereta lol. Sebab kereta kami MyVi.

Kami bergerak ke R&R Sungai Buloh, berjumpa dengan satu lagi kereta ahli kumpulan kami. Kereta lagi satu dipandu Fazley, dan dinaiki isterinya Suria, dengan Ain dan Suraya. Sebab tak sempat makan sebelum bergerak, saya makan nasik dekat R&R.

Lepas siap makan, solat Isya’ semua, kami bergerak semula ke Gerik. Kami exit dekat Kuala Kangsar dan lalu jalan dalam nak ke Gerik. Sebelum sampai Gerik, ada roadblock. Bila polis suluh kereta kami, terus dia tanya “Nak naik gunung ya ni?” Lol nampak sangat dah ramai hiker sekarang ni dekat Malaysia kan, polis trafik pun dah kenal. Nampak beg hiking je terus dia tahu dah.

Kami sampai ke pekan Gerik dalam pukul 2 pagi, terus cari makanan untuk lunch pack disebabkan makan tengahari tak disediakan oleh penganjur atau bahasa gunungnya, go-go. Kami sampai ke sebuah kedai, ingat nak tapau nasik lemak untuk kami bertujuh, tapi akak tu kata nasi lemak tu cuma cukup untuk buat 3 bungkus je. Jadi yang lain pun ada yang tempah makanan goreng-goreng, ada yang kongsi je beli makanan. Saya tapau nasik lemak dengan telur mata untuk Mas dengan Azlan sekali.

Kami sampai ke rumah 4 wheel untuk parking kereta dan berkumpul pukul 2:48 pagi. Kalau ikut tentatif, pukul 3 dah berkumpul, tapi nampak gaya orang lain belum sampai. Jadi kami yang sampai awal ni sempatlah pergi toilet, renggang-renggangkan kaki dulu.

Waktu tu rasa sejuk je dinihari. Sambil tengok bintang, sambil cerita dekat Suraya pasal Kerinci yang bintangnya lagi meriah. Teringat jugak mencerap bintang sambil mendaki Kenderung tahun 2016. Tapi masa tu terlalu penat untuk menghargai keindahan Kenderung. Kali kedua pergi ni, tazabar nak ambil gambar dan just enjoy the view and experience. Gitu cita-cita kan.

Sebab tunggu orang belum sampai-sampai, kami sempat beberapa kali tidur bangun tidur bangun. Akhirnya dalam pukul 4:28 pagi, 4 wheel kami pun sampai. Saya dengan Azlan duduk dekat depan dengan driver 4 wheel, yang lain duduk belakang. Mujurlah dapat duduk depan, sebab saya kesejukan pagi tu, tak sanggup duduk belakang kena angin sejuk.

Sambil tu driver 4 wheel tu bercerita macam-macam dengan kami. Katanya Gunung Kenderung ni memang pengalaman berbeza untuk pendaki-pendaki dekat Malaysia. K2 ni pun dah banyak berubah dia kata. Dia tanya kami kalau pernah naik? Saya bagitahu dia saya pernah sampai K2 tahun 2016. Dia tanya dengan kumpulan mana, kot-kot kami pernah berjumpa. Saya jawab dengan Rentas Adventures, tapi dia tak ingat sebab katanya dah banyak group dia pernah bawak.

Dia kata ketua kampung sekarang ni ada charge kepala yang masuk K2. Katanya sebab lalu tanah dia. Jadi sebelum masuk ke kem kena bayar dulu tol dengan ketua kampung, dia park 4 wheel dia dekat tepi jalan masuk K2 sambil tunggu 4 wheel lain lalu. Mujur abang driver 4 wheel ni dah setelkan siap-siap sebelum kami datang, masa lalu ketua kampung tu dia lambai-lambai je. Dulu takde pulak kena charge kepala macam ni. Aneh, aneh manusia.

 Kem 2016


 Kem 2018


Kami sampai kem dalam pukul 5 pagi. Waktu tu saya rasa terkejut betul. Memang betul, K2 dah berubah. Campsite je dah lain. Dulu saya panggil kem ni Annapurna Base Camp (sebab nak naik K2 dekat Pakistan kan kem dia ialah Annapurna Base Camp hewhew). Camp ni dah boleh masuk 4 wheel, yang pertamanya. Keduanya, dah besar habis. Dulu kami camping memang muat maksimum 30 orang, sekarang kem ni dah membesar, habis pokok semua kena tebang. Sekali camping je boleh masuk 100 orang. Ketiganya, pintu masuk K2 ni dah ada homestay, lepas ni boleh duduk situ kalau nak tidur semalam sebelum panjat K2.

Pemandangan kem kami di celah pokok
Kem kami ni sekarang ialah kawasan hutan dulu. Sungai pun dah makin kecil. Dulu dah sedia kecik, sekarang kecik lagi. Kawasan tanah lapang tu pun dah jadi laluan 4 wheel. Dulu nak ke sini kami kena turun dekat tepi kebun getah, lepas tu trekking + hiking dekat sejam baru sampai kem.

Sampai je, semua orang tengah menyiapkan khemah dan pasang fly/ground dekat kawasan berpokok. Kami kena pasang awal sebab nak cop tempat. Kalau lambat, alamatnya tengahari nanti jadi kambing salai dapat tapak khemah dekat tempat terbuka. Ikut tentatif, patutnya 530 pagi dah mula bergerak, tapi kami kelewatan sebab biasalah kalau trip besar-besar ni, ada group yang daripada negeri-negeri lain-lain yang sampai lewat sebab pelbagai kekangan.

DAY 1: KERUNAI (1000m)

Lepas solat subuh, saya mintak dekat Mas nasik lemak yang kami tapau. Walaupun sebenarnya nasi lemak tu sebenarnya untuk merarau (lunch hehe) tapi sebab lepas lunch kami dah tak hiking. Kenderung naik pagi esok, masa tu dah ada makanan lain. Baik makan berat sebelum naik gunung. 

 Persiapan mendaki ke Kerunai

Dalam pukul 730 pagi, kami semua berkumpul. Wah memang group kami ni ada pelbagai jenis orang. Ada kanak-kanak, pasangan suami isteri. Ada yang satu keluarga mendaki. Ada yang saiz badan lagi besar dari saya hewhew kagumnya. Lepas kak An selaku gogo bagi taklimat apa semua, memperkenalkan crew kepada kami, bagi tips2 mendaki, kami pun mula mendaki Kerunai pada pukul 7:52 pagi. Masa tu excited sebab nak melawat semula K2 yang memberi pengalaman pahit manis saya berhiking.

 
Perjalanan melalui anak sungai

Kami mulakan pendakian pada denai yang jugak ada anak sungai mengalir. Pagi ni matahari dah start naik, tapi belum panas lagi. Pendakian kami diketuai oleh abang Botak, seorang wedding photographer (lol) dan disweep oleh Ajak. 

Tak sengaja tercensored muka guide aka abam Botak. Ni sebab kesan bokeh ni hewhew


Ok, ni barulah gambar Botak yang clear. 

Sama jugak, Kerunai ni berbeza dengan kali pertama. Kali kedua ni, pokok-pokok dah tinggi. Dulu saya pergi pokok rendah-rendah, sebab baru lepas terbakar. Dulu memang nampak kesan terbakar – pokok-pokok ada yang macam arang, atas tanah pun ada kesan tanah terbakar. Sekarang ni masih ada, cuma dah tak ketara. Di sebelah kiri kami, nampak profail Gunung Kenderung.

Sambil tu berfikir, cukup kuat ke nak naik Kenderung ni sekali lagi? Seram. Sebelah kanan kami, pekan Gerik. Lereng Kerunai bagaikan permatang yang memisahkan Kenderung dengan pekan Gerik. 

 
Diapit dua puncak. Kiri, Kenderung. Kanan, Kerunai
Sampai dekat satu tempat, kami berada betul-betul di tengah antara puncak Kenderung dan Kerunai. Waktu ni sempatlah bergambar kejap (lama jugak lol) Kenderong Kerunai ni sebenarnya kawasan yang sangat bersejarah, saya Google sebelum naik kali kedua. Terjumpa jurnal pasal satu pasukan penyelidik dari UKM yang jumpa gua di lembah Kenderong Kerunai. Dalam gua tu ada peninggalan alatan zaman purba seperti kapak zaman Neolitik dan kapak batu jenis Sumatralith selain kesan tinggalan makanan seperti kulit siput. Ikut kata penyelidik tu, K2 ni mungkin zaman dulu pernah jadi penanda jalan. 
-          End of Sejarah lesson hewhew –

Kerunai seperti biasa, ada turun, ada naik. Beberapa kali puncak tipu. Tapi sebab dah pernah pergi konpiden lah hehe. Dan kali ni memang tak rasa tertekan sangat macam kali pertama dulu. Kali pertama dulu kami banyak kali berehat, kali ni kami maju je. Berehat kadang-kadang. Dulu seingat saya, trek ke puncak Kerunai ada penanda warna merah dekat pokok sepanjang-panjang jalan. Sekarang dah tak nampak penanda tu. 

Kabus pada sebuah pagi di Kerunai 

Sampai dekat suatu lereng, kami berhenti kejap. Lepas tu sempat bersembang dengan seorang akak dari Singapura. Katanya dia memang beberapa kali join program kak An, dan dia suka lah hiking. Cuma dekat Singapura takde tempat nak training mendaki. Kena panjat tangga flat je. 


Merenung puncak Kenderung yang berlatarbelakangkan langit biru tiada sempadan

Sepanjang 2 jam pendakian, saya berjalan belakang Azlan, sampailah dia laju meninggalkan saya. Lepas tu bertembung dengan 2 orang ahli group kami. “Takpe, dah nak sampai ni. Lepas kawasan pokok ni, ada kawasan terbukak. Lepas tu terus sampai puncak!” saya bagitahu dekat deorang.

Kami pun terus berjalan bertiga, tapi tak jumpa kawasan terbuka tu. Seingat saya, kawasan terbuka tu memang dekat situ-situ je. Sekeliling tu ada rumput renek-renek. Tiba-tiba je, eh, dah sampai puncak. Rupanya sebab lalang dah tinggi, tempat terbukak tu dah jadi tempat tertutup. Wah, sekejapnya sampai puncak! Dulu rasa macam 3 jam. Ni baru 2 jam lebih dah sampai. Tengok jam, baru pukul 10.29 pagi. Finally, I’m here again Kerunai! Welcome back! 

 
Di puncak Kerunai, membelakangi Kenderung

Dah ada kumpulan dekat atas, tengah berphotoshoot. Saya pun keluarkan phone Huawei Nova 2i (promote habis-habisan kekeke) tolong ambilkan gambar deorang. Waktu pagi ni matahari dah naik, jadi Gunung Kenderung nampak jelas dekat belakang. Kami ambil gambar berlatarbelakangkan puncak Kenderung. Tapi deorang group lain, takde dalam group WhatsApp kumpulan kami. Saya pun tukar nombor dengan ahli deorang nak share gambar sampai bawah nanti.
Kumpulan kami sikit-sikit sampai ke puncak. Nampak ada jurang yang besar jugak dari segi pace. Sampailah sorang akak yang pakai cermin mata hitam sampai waktu saya tengah ambil gambar. “Dik, nanti ambil gambar akak macam deorang tu ya! Pakai phone adik” kata akak tu dekat saya sambil mengah-mengah belum hilang penat lagi bahahaha

 
The ever lovely kak El

Saya pun ambil gambar dia, macam-macam pose. “Nama akak El. El Musliha. Panggil kak El.” Dari situlah perkenalan saya dengan kak El yang kelakar. Dia mendaki gunung dengan anak saudara dia, Aina. 
Sebab saya memang berniat nak enjoy the experience, memang seronoklah saya ambil gambar. Kali ni ada sorang akak tu dari JB, yang mendaki satu keluarga – dengan husband dan anak laki dia dua orang. Anak laki dia masih bersekolah rendah, waktu sampai puncak Kerunai terus bergambar dengan banner sekolah dia. Keluarganya fasih cakap English. Tengah-tengah saya ralit ambil gambar bendera, tiba-tiba akak tu offer ambil gambar saya dari bawah. Angle gambar tu memang kena ambil sambil baring, kebetulan akak tu tengah berehat dengan family dia atas ground. Akhirnya akak tu berjaya mengambil gambar favourite saya untuk trip ni hehe

 
Gambar feveret trip kali ni
Sambil saya photoshoot tu, Fazley dengan Lan masakkan maggi. Wah nikmat jugak walaupun dah makan nasik lemak sebelum hiking tadi kan, tapi atas gunung siapa yang boleh menolak maggi? Haagitu

 
Behind the scenes. Inilah keluarga akak yang tolong amekkan gambar tu

 
 Maggi kahwin!

Gigirls kumpulan kecil kami pun edarkan makanan, ada coklat, siap ada kek lagi. Lama jugak kami menunggu dekat puncak, sampai pukul 12 lebih. Sempatlah baring-baring kejap. Lepas photoshoot ramai-ramai, kami turun semula pukul 12.15. Kali ni matahari dah pacak atas kepala, mujur saya dah prepare. Tutup kepala habis dengan dua helai buff, satu tutup kepala dan satu tutup muka, tapi still tak boleh lama-lama bawah panas. Bila ada pokok besar terus berteduh. 

 
Turun semula. Matahari dah mula memancar terik

Kali pertama panjat K2 dulu, turun Kerunai kena pakai headlamp sebab dah lepas maghrib. Kali ni turun dalam panas remang matahari. Ada satu bukit kecil tu kami kena panjat semula. Walapun dalam 5 minit je, rasa macam nak terbakar kepala. Sampai kem semula pukul 2.30, wah lega. Sampai je rehat kejap, lepas tu saya mandi dengan Lan dekat sungai. Lan kata air sungai ni rasa macam berbau, macam air telaga yang dah lama. Saya tak faham macam mana rasa dia tu hewhew, tapi memang air dia rasa pelik, tak macam kali pertama saya pergi dulu.

Tengah mandi tu, Wan datang ambil air. Sambil tu saya cerita dengan dia pengalaman hiking, pasal gunung G7 yang saya dah panjat. Sambil tu promote GEMA dekat dia lol. Lepas siap mandi, saya dengan Lan pasang ampaian untuk baju basah kami, ampaian yang sedia ada semua dah penuh. Waduh waktu ni teruji skill mengikat tali guwe hewhew mujurlah walaupun lilit-lilit dekat batang pokok freestyle je, jadilah jugak ampaiannya.

Balik ke ground je, saya sempat berkenalan dengan ahli-ahli lain. Ground kami ni pulak sebelah ground dapur. Ada Kimi yang mendaki dengan kakaknya, kak Ron. Kak Ron ni kelakar jugak. (Bila kami tanya, kak Ron berapa? Konfiden dia jawab RON97! Minyak mahal kan lol) Deorang siap cerita kak Ron bertukar-tukar kasut sambil mendaki. 3 orang bertukar kasut dengan kak Ron, lagi 2 orang tu lelaki, yang pelik tu saiz kaki semua sepadan. 

Kak An goreng cucuq. Belakang kak An tu Wan
Sambil rehat-rehat tu, kak An siap nak goreng cekodok. Kata kak An, dulu panjat K2 dia goreng bihun untuk minum petang, lepas tu malam tu semua orang taknak makan dinner, terus tidur kepenatan. Buang je dinner tu. Jadi sekarang ni dia akan masak ringan-ringan je untuk minum petang. Sambil tu berborak dengan kak An, rupanya husband dia guide gunung jugak. Abang Jebat namanya. Katanya abang Jebat datang lambat sikit, nanti abang Jebat yang akan guide naik Kenderung. Abang Jebat tu datang petang tu bawak anak-anak terus 2-3 orang. Wah K2 ni macam percutian keluarga pulak, ramai budak-budak kecik lol

Kak An pun dah pernah sampai K2 ni dari awal-awal lagi sebelum K2 ni viral. Katanya masa tu sungai penuh lintah (kot?). sekarang ni sungai tu nampak berudu dengan katak je yewwwwhewhew. Sambil makan cekodok dan minum teh o panas, sambil tu beberapa kali saya terlelap atas ground. Leganya sebab panjat Kenderung malam nanti, banyak lagi masa nak berehat. Kali pertama dulu turun dari Kerunai waktu Isyak, lepas tu dinner apa semua dah pukul 10. Pukul 2 pagi dah kena mendaki Kenderung. Suka betul tentatif kami kali ni.

Kalau ikut tentatif, kami akan naik Kenderung pada pukul 4 pagi, tapi kami mintak kak An awalkan sikit sebab takut lambat sangat nak turun nanti panas. Saya dulu naik 6 jam kot. Naik pukul 3 sampai pukul 9. Turun tu memang panaih lit lit. Kak An kata ok je nak awalkan pun hehe

Sambil-sambil borak tu saya cerita lah pernah panjat gunung mana semua dengan ahli-ahli kumpulan lain. Kak El pun ada masa tu, dia ajak saya naik Yong Yap. Saya kata dah pernah panjat, sambil buat muka penat sebab teringat balik pengalaman YYBTN. Memang siapa yang dah pernah buat YYBTN ni (yang saya kenallah) mesti dah taknak repeat lol. Kalau KorGa ke, Tahan ke, ada jugak yang repeat.

“Kak El pun teringin nak buat muka macam awak!” kata kak El sambil ketawa. Maksudnya dia nak panjat Yong Yap supaya kalau orang tanya dia nanti, dia nak tunjuk muka penat macam saya buat. 

 

Petang tu tiba-tiba ada 4 wheel masuk, ada group lain sampai. Wah bertambah lagi orang dekat campsite. Dah macam funfair. Group ni nak naik Kerunai petang ni, pagi tadi deorang dah panjat Gunung Pulut. Yang ni lagi padu. Tiga puncak terus nak tapau. Petang tu dekat pukul 4 baru deorang panjat Kerunai. Malam tu kami nampak cahaya headlamp deorang turun dari puncak Kerunai dalam kegelapan malam. Saya fikir waktu tu, deorang ni sama macam saya kali pertama pergi K2. Entah cukup tak rehat malam ni sebelum nak naik Kenderung. Penatnya. Bayangkan je dah penat, belum sendiri lagi yang alami.

Malam tu menu kami ialah tomyam dengan telur dadar (tapi rupa macam scrambled egg huhu) yang dimasak Botak, kak An dan Aina. Ni first time jugak ni makan tomyam dalam hutan.

Lepas makan, tiba-tiba perut memulas. Satu hari dah tahan. Saya ajak Fazley teman saya membuang dekat sungai. Tapi sepanjang-panjang sungai tu ramai orang huuu dah macam pasar dah. Terpaksa saya pergi jauh ke bawah lagi, lepas sebuah pokok tumbang yang penuh seranggga. Bila panjat atas dia, berterbangan serangga masuk hidung dan mata.

Jumpa satu port best dekat dalam sungai, belakang batu.Tengah nak membuang dekat tepi sungai tu, tiba-tiba ada orang suluh ke arah saya. Mujur belum bukak seluar lagi haha. Saya suluh balik dekat dia tanda nak bagitahu saya ada dekat situ dan mintak dia jangan datang dekat. Tapi lagi galak dia menyuluh ke arah saya dan makin dekat pulak dia datang. Ehhh what’s this? This is not how it’s supposed to work! Aku suluh2 kau ni suruh main jauh-jauh, bukan suruh datang dekat huhuhu

Makin lama makin dekat pulak lampu suluh dia. Tengok muka, tak kenal. Bukan ahli group kami. Bila dia lalu saya, dia tegur, bagitahu dia nak kencing. Urgh carilah tempat lain, orang dah cop tempat sini dulu huhu. Dahlah suluh-suluh dia buat bodoh je, lagi datang dekat adalah. Ni kena belajar etika nyahtinja waktu camping ni. Gittuu acah-acah pendaki senior komplen pasal pendaki nubis lol

Lepas siap membuang semua, kami pun siap-siap nak tidur. Pukul 3 dah kena mendaki semula. Ramai yang tidur dalam khemah sebab pasangan suami isteri, ada yang berkeluarga. Saya yang bujang ni tidur bawah ground dengan Fazley, Kimi dan abom-abom lain (dah lupa nama lol sowie). Lan tidur atas hammock. Tapi sebab kami punya ground ni atas akar-akar, agak pelik jugak posisi kami tidur. Malam tu memang saya tahu saya berdengkur kuat lol mujur tidur nyenyak sebab orang kata ada dua orang berdengkur kuat. Kalau saya terjaga mesti saya pun tak boleh tidur sebab ada sorang lagi berdengkur haha

DAY 2: KENDERUNG (1223m)

Pukul 2 lebih kami dah mula bangun, si Botak dah bising kejutkan semua orang. Waktu kami baru bangun ni, ada group yang dah bertolak naik ke Kenderung. Saya ambil baju yang masih basah dekat ampaian, sarung. Saya pergi sungai kejap nak isi air dalam botol. Tengah nak isi tu, ada beberapa orang perempuan baru keluar dari sungai. Nampak gaya macam baru lepas kencing. Errr terus geli nak amek air tu. Dahlah takde water tablet nak sterilize kan air, sungai ni pulak arus perlahan, kecil pulak. Uuu kenapa kencing dekat upstream. Pergilah kencing dekat bawah – bising guwe lagi seraya acah2 pendaki senior.

Lepas tunggu lama sikit air tu berlalu, barulah saya berani nak ambil. Pukul 3.30, kumpulan kami memulakan pendakian ke Kenderung diketuai suami kak An, abang Jebat. Kak An dah tak panjat Kenderung, dia tukar syif jaga anak-anak dekat Annapurna Base Camp. Waktu taklimat, kata abang Jebat sampai puncak solar je compulsory. Siapa yang taknak naik sampai puncak Kenderung boleh turun balik.

Naik Kenderung ni, isteri Fazley, Suria tak ikut. Ain pun tak ikut sebab kasut dia koyak waktu dekat Kerunai semalamnya. Suraya mengadu malam tadi masa deorang nak tidur, ada dengar lelaki berborang dekat luar fly deorang, cerita pasal susahnya mendaki Kenderung sampai deorang mental lol. Itu agaknya Suria dengan Ain tak berani nak naik pagi ni. 

 

Kak El dengan akak dari Singapura

Kami mula lalu dekat laluan pacuan empat roda, kalau waktu saya mendaki Kenderung kali pertama, kami kena naik dekat denai yang sangat sempit dan masih perlu ditebas sebab semak samun. Kali ni trek dah jelas, sebab dah jadi laluan balak. Saya masih ketakutan sebab teringat pengalaman perit pertama kali mendaki Kenderung, tapi kena konpiden sebab dah banyak dah gunung panjat lol harapnya dah makin baik untuk kali kedua.

Seperti biasa, headlamp di kepala, dalam kegelapan malam kami bergerak. Pace kami agak sederhana, tak terlalu perlahan, tak laju. Trek Kenderung memang dari mula sampai ke sudah, takde diskaun. Canak habis. Tapi orang depan banyak kali berhenti sekejap-sekejap, sambil tu boleh ambil nafas hehe

Saya tertunggu-tunggu bila nak sampai tali, tapi nampak macam dah takde je. Kami jumpa sekali je tali, tapi sebab nampak Lan panjat tak pakai tali, saya pun ikut dia naik freehand. Eh kenapa macam senang pulak Kenderung ni?? Dulu rasa separuh nyawa nak memanjat lol.

Saya kali ni secara tak sengaja berbuddies dengan kak El. Sebab pace kami lebih kurang sama je. Orang depan suruh berhenti kejap sebab nak tunggu orang belakang catch up.  Sambil tu saya berkongsi gummy candy dan air dengan kak El. Kami padamkan headlamp di kepala, memandang ke luar trek. Dari tempat kami berehat, boleh nampak bintang di dada langit dan lampu-lampu dari pekan Gerik. Perjalanan diteruskan lepas dengar orang paling belakang menyahut semula panggilan ke depan.

Seingat saya, sebelum sampai Puncak Solar ada sebatang balak tumbang yang besar. Tapi lepas beberapa jam mendaki, kami sampai dekat situ tapi tak berehat pun huhu. Dengan Rentas dulu dekat situ kira satu checkpoint. Lepas 2 jam lebih, kami sampai ke puncak Solar. Eh takdelah teruk sangat mendaki Kenderung kali ni. Gituu kompidens je. 

 
Puncak Solar. 
Sampai je puncak Solar, saya terus keluarkan windbreaker dari beg, sarung cepat-cepat. Dulu kesilapan saya ialah mendaki Kenderung dengan baju cotton, lepas tu tak bawak windbreaker. Sampai puncak Solar menggigil-gigil, lagi-lagi lepas amek wuduk nak solat subuh. Sementara tunggu masuk waktu, kami semua menyorok belakang pokok. Kak EL boleh tanya “Sejuk ke?” dekat saya lol sejuklah kak El. Walaupun guwe lemak tebal, still tak tahan sejuk.

Kami sampai sini dalam pukul 5:48 pagi, 2 jam 20 minit dari kem. Lepas subuh masuk, kami terus solat bergilir-gilir sebab tak cukup tempat. Ada satu kumpulan lain yang berkhemah dekat puncak Solar ni, ish mengenangkan nak mengendong air naik ke sini nak berkhemah, memang tidaklah kalau saya.

Lepas Subuh, sejam lepas kami sampai ke puncak solar, pukul 6.45 pagi, kami memulakan summit attack ke puncak Kenderung. Tak pasti berapa ramai taknak naik, tapi saya perasan akak yang satu keluarga dari JB tu tak naik pun Kenderung. Sambil berjalan, matahari dah mula terbit dari hujung horizon timur. 

 
Fajar menyinsing di lereng Kenderung

Kali ni, lepas matahari dah nampak, saya perasan Kenderung kali ni, warna oren. Masa pergi pertama kali dulu suasana berkabus, awan karpet. Rasa lebih biru. Speaking of biru, dulu penanda jalan nak naik ke puncak Kenderung warnanya biru, Kerunai merah. Tapi sama macam Kerunai, penanda tu dah tak nampak. Yang kurang best, kali ni awan karpet takde sobs3. Dulu sepanjang-panjang dari puncak solar ke puncak, setiap masa dikelilingi awan karpet. 

 
Gambar tahun 2016 dengan Fareez. Nampak kebiru-biruan dengan awan karpet

 
Tempat yang sama tahun 2018. Nampak kejingga-jinggaan gitu. Awan karpet takde dah sobs sobs

Sambil mendaki Kenderung, kami banyak jugak berhenti ambil gambar. Masing-masing seronok sebab pemandangan Kenderung yang memang rare dari gunung lain. Sampai akhirnya kami menuju ke puncak tipu. Kalau dulu, waktu ni paling menakutkan saya, lagi-lagi nak turun. Sebab lerengnya hampir pacak 90 darjah, dan ada tempat ada tali, ada yang takde tali.

Sekarang ni sepanjang-panjang lereng tu dah ada tali besar penumbuk budak (lol tak tahu lah tepat ke tak perumpamaan ni) jadi dah tak horror macam kali pertama saya naik dulu. Dulu tali ada pada beberapa tempat je, tempat yang takde tali tu kena sendiri panjat ikut kreativiti masing-masing hewhewhew

Lagi satu, dulu rumput takde, jadi nampaklah dekat tepi lereng nauzubillah tegak nak mati kalau salah langkah terus terjunam jatuh. Sekarang pokok dah naik semua jadi tak nampak sangat betapa lereng tu sangat menjunam, lagipun kalau jatuh sempat paut pada pokok tu. Dulu takde langsung pokok sebagai penghalang, kalau tergelincir terus meluncur ke alam barzakh.

 

Masa nak mendaki ke puncak tipu, si Mas dah nervous. Dia jadi gayat sebab trek tu mencanak ke atas. Mas agak perlahan, nampak muka dah gayat.

Saya pakai gloves siap-siap dari pagi sebab memang tahu Kenderung kena pakai tangan banyak nak pegang tali semua. Tengah nak panjat tu ada group lain dari atas yang naik awal daripada kami dah nak turun, berlari-lari deorang turun sampai ada ahli kumpulan kami tegur. Sebab habis batu lungsur, debu semua melayang dekat muka kami yang baru nak naik ni. Ini pun satu, dekat tempat bahaya pun nak show off – pendaki acah senior mengomel lagi hehu
Sampai puncak tipu, teringat semula kenangan berhenti dengan Fareez dekat situ makan energy bar masa rasa dah keletihan melampau. Rupa-rupanya 2 minit dari situ je puncak. Kami tak berhenti kali ni dekat puncak tipu, terus mara ke puncak. Pukul 8:30 pagi, kami sampai ke puncak Kenderung.

Sampai je rasa macam wahhh finally. Walaupun Kenderung masih brutal, tapi saya dah tak seteruk dulu. Mula datang keyakinan diri waktu tu hehe

 
Kami berlima dengan kak El di puncak Kenderung. Sebelah tu puncak Kerunai


Kami berphotoshoot sementara menunggu yang lain sampai. Saya dengan gumbira senang hati jadi photographer orang lain sebab nak main-main dengan kamera Huawei Nova 2i. Kali ni dari atas Kenderung, boleh nampak Kerunai. Dari satu lereng, kami boleh nampak bayang-bayang gunung Kenderung menaungi hutan di bawah. How impressive.

Model photoshoot: Aina, anak sedara kak El
Lokasi: Puncak Kenderung (1223m)

Kamera: Huawei Nova 2i

Dapur kami pagi ni dihidupkan oleh Fazley yang membancuh air milo. Breakfast pagi ni gula-gula dan coklat berbaki dari semalam. Tapi matahari dah mula terik, maka saya dah boleh bayang azab nak turun nanti macam mana.

Turun semula dari puncak

Lepas siap semua ahli kami sampai, kami bergambar sekali. Lepas tu abang Jebat rush kami turun sebab hari dah pukul 9 dan kami akan diserang pancaran matahari waktu turun nanti kalau kami turun makin lambat.

 
Turun serupa ninja. Muka kepala tutup habis takut kena panas

Kami turun semula melalui tali panjang. Kalau dulu dekat sini saya turun mengesot dekat tempat yang takde tali, tapi sekarang ni sekali pegang je, lepas tu perlahan-lahan turun dengan menggunakan tali yang sama. Tapi Masturah lagi gayat waktu nak turun. Aina offer nak bagi dia glove, tapi dia kata dia lagi takut dengan ketinggian sampai tangan dia pegang tali tak rasa sakit dah.

Matahari dah mula menegak. Kami rushing turun takut makin lama kena heatstroke. Air masih ada sebotol besar dalam beg. Sambil berjalan dengan kak El, dia cerita-cerita pasal pengalaman dia mendaki. Husband dia pun supportive, dulu laki dia hiking jugak tapi sekarang ni main golf je. Teringat pulak Kapten Zarina dekat Ledang.

 

Lepas turun dari tempat tali tu, kami bergerak ke puncak solar. Waktu tu, dah terang, jadi boleh nampak kawasan sekitar. Siap nampak jalanraya lagi. Azlan kata, tak best nampak jalan. Dia kata seolah-olah tak betul-betul berada dalam nature 100% kalau still boleh nampak tamadun manusia. Begitulah, saya anggukkan aje.

Dekat puncak solar ni dah rasa makin panas. Kami berjalan sikit, berhenti bawah tempat redup. Jalan beberapa minit, berhenti bawah pokok. Tak boleh lama-lama berjalan bawah panas. Kali ni saya ditemani seorang pendaki gadis licik sekolah rendah dengan ibunya. #girlpower

Aina pulak dah lari cepat ke depan, dia tak tahan panas nak sampai kem cepat. Ada beberapa kali jugak kami berhenti lama bila ada traffic jam. Saya jalan-jalan tu, tiba jumpa kak El. Ingat dia dah gerak jauh ke depan. “Akak tunggu Bad.” Katanya wah tiba-tiba dapat hiking buddies baru hewhew

Sampai dekat satu tempat, ada seorang laki, seorang perempuan berhenti duduk. Dekat depan tu traffic jam, katanya ada budak perempuan injured. Dengar tu je, terus risau kak El. Dia takut Aina yang injured, tapi orang tu kata bukan Aina. Saya pulak pow air yang laki tu haha ingatkan air manis. Rupanya air garam rasa payau huhu menyesal pow.

Masa ni dok teringat bandung soda. Huhu taknak air lain. Nak bandung soda je. Nak keluar nanti nak bandung soda.  

Saya dah tutup kepala dan muka guna buff dah waktu ni. Dengan jalan yang berdebu sebab hari dah panas, masuk habuk dalam hidung. Ada sampai satu tempat, tak tahan panas, saya keluarkan air dari beg, siram kepala. Dulu Fareez yang buatkan. Sekarang buat sendiri dah haha

Kami sampai semula dekat kem dah tengahari. Nak masuk simpang kem tu, tiba-tiba nampak Aina tengah terduduk, berkipas dengan kak An. Kak El nampak Aina terduduk je terus cemas. Aina rupanya kena lelah sebab terlalu panas, dia pulak turun laju. “Akak dah agak dah, tu yang orang kata ada budak perempuan injured tu akak tanya, Aina ke?” kata kak El dekat saya. 
Sampai semula dekat kem, terus kemas barang sebab kak An kata 4 wheel dah nak sampai. Whatt cepat gila. Dulu saya petang baru keluar. Ni tengahari dah ada 4 wheel. Masa tu kak An masak lauk ayam masak merah dengan telur rebus. Alaa nak makan tapi sebab dah nak keluar saya malas nak kotorkan pinggan nanti nak basuh malas bahaha. Tak makanlah tengahari tu sebab malas hewhewhew

Kemas-kemas barang, tak mandi sebab takut tak sempat, tak lama tu 4 wheel pertama sampai. Yang ni kami kena bagi laluan lineup yang kena kejar flight sebab ada yang dari Singapura kan. lepas tu menunggu 4 wheel kemudian tu masuk ya Allah lama gila. Kadang 4 wheel masuk, tapi ambil kumpulan lain.

Dekat sini lebih kurang 4 ke 5 kumpulan masa ni. Keseluruhan dekat 200 orang rasanya. Dulu naik 20 orang je. Sambil-sambil menunggu tu saya sempat berborak dengan kumpulan yang saya tolong ambilkan gambar semalam tu. Kumpulan deorang kecik je, dalam 13 orang kot rasanya. Lepas tu pow buah epal deorang bahaha 

Nak balik dahhh

Kami naik 4 wheel dan keluar menuju ke rumah pemilik 4 wheel. Sampai je dah pukul 4 lebih weh dari asalnya nak keluar pukul 12 tadi kan, ni dah petang. Lepas sampai terus bergerak ke masjid nak mandi dan solat.

Kami singgah kejap pekan Gerik nak makan. Makan nasik lemak dengan ayam, menu kedai tu ada tu je huhu. Kami bergerak semula untuk balik petang tu mula Lan bawak lagi kereta. Saya masuk je kereta dah tertidur, berdengkur pulak tu lol. Letih ya amatss Mas pun dah tidur. Kesian Mas, tangan dah luka-luka teruk dah.

Sampai dekat R&R mana tak ingat (sebab masa tu lena hewhew), Lan tak larat, dia suruh saya sambung drive. Wah tak pernah waktu trip orang kasi saya drive haha. Saya konpiden je, tapi deorang yang tak konpiden. Sepanjang perjalanan dengar radio oh, rupanya AJL malam ni. Balik tu, lepas hantar saya dulu dekat rumah, deorang bergerak balik. Esoknya dahlah saya tak cuti huhu

Beberapa hari kemudian, terdengar kisah orang terjumpa periuk api dekat Kerunai. Dan beberapa hari kemudian, ada pendaki terjatuh dekat Kenderung, patah tulang jugak. Ngee itulah kengerian Kenderung. Masa tu pernah celupar dengan kak El “Walaupun Kenderung ni seram cenggini belum pernah...” oops

“Jangan sebuttt!” kata kak El. Tak sangka sebulan lepas tu dah jadi betul.

Itulah penutup untuk kisah mendaki Kenderong Kerunai kali kedua. Kalini preparation dah makin mantap bahaha #perasan. Alhamdulillah sangat bersyukur sebab dah tak seazab yang pertama. Makin yakin nak pergi ke gunung seterusnya, iaitu Yong Belar. 


Akhir sekali baru letak gambar kumpulan hehe. Di puncak Kerunai 

 
Di puncak Kenderung. Separuh je lineup naik sampai puncak

  Pengajaran dari trip ni:
1. Ilmu perhutanan kena ada, at least basic pun ok. Kalau orang tu nak terberak dekat sungai please lah jangan datang dekat kalau dia suluh. Itu tanda dia halau, bukan dia panggil dekat huhuhu #masihbelummoveon

2. K2 dah memang lain daripada dulu. Yang baiknya, sekarang lebih selamat dan kurang menakutkan. Tali besar, padu, panjang. Pendaki pun dah ramai berkampung dekat K2 dah macam Annapurna Base Camp lol. Yang tak baiknya, sekarang nak masuk pun kena bayar dekat ketua kampung. Campsite dah boleh naik 4 wheel sebab pembalakan, lepas ni agaknya sampai ke puncak gunung dia balak

3.Belajar dari kesilapan. Dulu naik pakai baju cotton, tak bawak windbreaker, tak tutup kepala masa turun panas-panas. Kali kedua dengan kelengkapan yang lebih sempurna barulah rasa bersedia nak menakluk Kenderung. 

K peeps. So far itu je nak cerita pasal pengalaman kali kedua menaiki Kenderong Kerunai. Letih dah menaip ehmehgerd. Nantikan entry seterusnya tentang pendakian ke gunung G7 saya yang keempat, Yong Belar pulak lol. Renung-renungkan dan selamat beramal!

XOXO – 

Your hiker montel, debabuz bedaduz

Log:
Day 1:
2.22 kedai makan
2.48 rumah 4wheel
4.24 gerak ke kem
7.52 start hiking
10.29 sampai kerunai
12.15 start turun
2.30 sampai kem

Day 2:
3.30 start hiking Kenderung
5:48 Puncak solar
6:45 start ke puncak
8:30 puncak Kenderung

  





1 comment:
Write curses
  1. HAHAHAHA
    "Tapi lagi galak dia menyuluh ke arah saya dan makin dekat pulak dia datang. Ehhh what’s this? This is not how it’s supposed to work! Aku suluh2 kau ni suruh main jauh-jauh, bukan suruh datang dekat huhuhu" <-----LAWAK NAMATEYYYY

    Bestnyaa Bad dah repeat K2 2.0. Hehe tahniah sebab makin mantop persiapan berbanding kisah K2 yang dulu.Thanks sharing and menghiburkan pembaca :)

    ReplyDelete

Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter