22 September 2016

Lata Jerangkang Campfire and Foodgasm #GEMASelangorBackpackerz

Assalamualaikum dan hai y’all!

Here in my home, I'll tell you what it's all about. There's just one hope, here in my heart.


Setelah berhempas pulas menyabung nyawa mendaki gunung G7 Yong Yap Bubu Tok Nenek bulan lepas, hari Malaysia yang lalu saya mengikut rombongan Cik Kiah GEMA Selangor Backpackerz #kamitakdelahpoyosangat haha ke Lata Jerangkang, Maran Pahang (atau bak kata Mariam, kumpulan GEMAS lololol) untuk Jerangkang Campfire and Foodgasm gituh nak berehat keliling unggun api sambil omnomnomnom lah konon-kononnya kan.

Kali ni kali pertama jadi AJK sebab Yunuss veto nama kita waktu meeting cisss, saya terpaksa jadi AJK Aktiviti. Waktu tu memang taknak sangat-sangat, sebab takde pengalaman jadi AJK untuk aktiviti lasak ni. Segan dengan ahli-ahli GEMA yang Power Rangers kita sorang je level Powerpuff Girls *tapi rasanya Powerpuff Girls lagi kuat dari Power Rangers kan hehuhehu*

Tapi dah kena veto pulak, terpaksalah waktu tu terima dengan hati tertutup haagitu. Tapi heyy kenalah belajar terima cabaran kan. Kata dah panjat G7 muahaha #takdekaitan

Saya berkolaborasi dengan Yunuss, Iwan dan Tokie untuk aktiviti. Cepat gila lepas habis YYBTN, tak sampai 3 minggu dah kena prepare aktiviti Jerangkang ni, nak kena cari peserta, siapkan program, barang makanan semua. Kami di meja AJK Aktiviti atau nama glamournya Biro Program gituh lagilah pening nak memikir apa aktiviti yang sesuai untuk dimasukkan dalam tentatif. Disebabkan program kali ni lebih kurang macam retreat je, kami kena fikirkan idea untuk bagi aktiviti yang ringan-ringan dan fun.

Jadi pada pagi Jumaat Hari Malaysia, 16 September tu, setelah kurang lebih seminggu membuat persiapan, kami mulakan perjalanan. Saya naik dengan Irsyad (kali kedua jumpa lepas Lata Medang), Aizuddin (kali ketiga jumpa lepas Gunung Datuk dan YYBTN) dan Amirul (err berkali-kali dah jumpa) bergerak ke Genting Sempah dari Seri Kembangan. Ikut rancangan asal, saya akan naik kereta Iwan di Genting Sempah, tapi disebabkan berlaku perubahan yang tidak diduga, saya terus je setia bersama Irsyad, Aizuddin dan Amirul sampai ke Maran ewah.
Barisan jejaka pemalu, errr kecuali Irsyad

Kalau ikutkan, kereta Iwan akan angkut kami yang XXL ni iaitu saya, Akmal dan abah abang Fauwaz. Kata Iwan, syarat pertama nak naik kereta dia berat kena 78kg hmm pelik-pelik syarat nenek kebayan kita ni kan. Haritu nak pinjam barang kena berpantun bagai. Jadi bersempena dengan syarat tersebut, secara rasmi tertubuhlah Geng 78 yang dianggotai saya, Akmal dan abang Fauwaz muahaha

Waktu malam tu, teringat nak buat sanwic La Grega untuk Irsyad, sebab teringat waktu pergi Lata Medang selera betul Irsyad makan sanwic saya. Tapi malam tu keluar dengan Aqeel, Pie dengan Hafiz tak sempat beli barang. Esok tu dalam kereta Irsyad mention pasal sanwic alaa rasa bersalah gila hahaha

Pagi tu jalan clear. Dalam sejam lebih lepas bertolak, kami berhenti dekat Genting Sempah, kereta kami sampai paling awal. Kemudian selepas breakfast dan taklimat dalam 9.30 kami teruskan perjalanan ke Sri Jaya.

Sampai di Sri Jaya makan lagi walaupun pagi tu baru je makan bahahaha. Hmm foodgasm sungguh-sungguh nih. Saya dengan Tokie kena shopping barang dekat kedai runcit sebab ada barang belum siap untuk program. Waktu tengah berjalan dekat pekan tu, Iwan bisik dekat saya. “Bad, Bad perhatikan Fairus.”
Menaikkan barang ke atas 4 wheel

Iwan suruh saya perhatikan Ustad Fairus untuk dua hari ni untuk satu aktiviti rahsia ewah. Hmmm apa lah menarik nak nengok dekat Ostad ni.

Lepas dah siap shopping semua, dari pekan Sri Jaya kami bergerak ke Masjid Kampung Gelugor untuk bersolat Jumaat. Disebabkan mengantuk gila malam tu saya tidur lambat nak kemas barang, saya dengan Amirul tidur dalam kereta sampailah khutbah bermula.

Waktu nak pergi membuang dekat tandas, air pulak takde huuu kenapa masjid punya tandas takde air. Sakit hati titew. Dahlah nak membuang buat kali terakhir sebab ingat masuk hutan nanti dah malas nak melabur di Bursa Saham Jerangkang. Terpaksalah menahan sampai habis solat.

"Dengan kekuatan bulan, akan menghukummu!"

Lepas habis solat kami satu kereta bertolak mencari petrol pump nak beli air mineral, kudapan dan tentulah sebab nak membuang. Jauh gila tapinya, dah atas daripada Bukit Gambang Resort lagi wehh. Ingatkan kami dah lambat bila balik semula ke masjid, rupanya 4 wheel belum sampai lagi.

Sementara menunggu 4 wheel sampai, kami mendengar penerangan dari Iwan dan sambil tu bertaaruf. Tapi tak sesuai betul bertaaruf tepi jalan tu, tengah-tengah bercakap ada je lori lalu. Haiyoo potong line betul. Lori nya laju bukan main lagi siap hon-hon bagai.
"Saya berjanji dengan tuan puan, sekiranya saya dipilih sebagai Presiden GEMA, bulan depan juga saya akan buat trip ke Kashmir..."


Waktu sesi penerangan tu Iwan kata, permainan telahpun bermula. Haa tetiba kan ada permainan. Kami semua macam dah tertanya-tanya permainan apa, tapi waktu tu semua peserta dah dapat teka permainannya sebab semua dah dapat nama peserta yang masing-masing kena perhatikan.

Lepas 4 wheel sampai, dekat pukul 4 kot macam tu, kami pun dibahagikan kepada dua kumpulan mengikut 4 wheel. Saya naik satu 4 wheel dengan Sa’idah (Tiada Siti, tiada Nor, mahupun Saidatul, hanya Sa’idah), kak Nina, kak Aishah, Amirul, Ita, Tokie err dan juga gigirls lain.

Kami duduk dekat belakang 4 wheel bertujuh, lepas tu bermulalah episod roller coaster nak masuk hutan tu. Pemandu 4 wheel tu Nauzubillah bawak laju nak kojol kemain waktu lalu jalan tak rata, melompat-lompat kami dekat belakang. Mula-mula kami koir lagu Hindustan, bila dah meloncat-loncat tu dah takde Hindustan dah, memasing jerit “Ibu! Mama! Aaaa! Aduh aduh! Aaa sakit punggung! Aaa air lopak merecik!”




Permulaan permainan roller coaster

4 wheel tinggalkan kami dekat entrance dan 4 wheel tu proceed naik atas untuk turunkan barang kami. Bila sampai dekat kem tu, naa dah penuh manusia. Tak serupa tapak perkhemahan, dah macam pasar *aku tidak ingin hingar seperti di pasar* tibaah #AADC

Bila Iwan dengan Yunuss sampai je, deorang macam ada satu pemahaman yang sama. Dua-dua, tanpa perlu berbincang, terus meluru naik ke atas untuk cari tapak perkhemahan yang lebih sesuai untuk aktiviti kami.

Dalam 30 minit jugak kami macam kematian akal hewhew, Iwan kumpulkan kami dan dia kata dia dah jumpa satu tempat yang sesuai untuk kami bermalam malam tu. TAPI, tapak perkhemahan tu kena hiking 10 ke 15 minit dari situ. Wehh apeni kena hiking lagi. Tak cukup ke YYBTN awaa kena mendaki asyik nak mendaki je kenapaaa huhuhu awaa taa kuadd

Udah sampai ke entrance tapak camping

Tapi disebabkan tapak yang ada tu dah ada 2-3 kumpulan duduk, kami pun setuju sebulat suara untuk hiking. Kami pun angkut barang masing-masing dan barang company ke tapak kem baru. Sebab saya macam lambat sikit, tinggal barang company yang berat-berat je yang belum diangkat.

Ada satu box, dengan satu beg besar. Mula-mula saya angkat box tu dengan Ostad, tapi ya Rabbi berat gila berkilo-kilo berat dia. Hiking sambil bawak box, tak pernah dibuat orang awaa. Sebab saya tak larat bawak, kami tukar, saya ambil beg tu dari Iwan, Iwan angkat box dengan Ostad. Ostad dengan Iwan mujurlah gagah membawa box tu walaupun berhenti banyak kali. Lepas sampai dekat kem tu baru datang pertolongan dari ahli rombongan yang dah siap hantar barang dulu. Wuu terfikir waktu tu adakah ini ujian buatku sebab dah pernah panjat G7 hehuhehu

Din paksa suruh letak gambar dia, sebab dia senior kenalah hormat kann. Nak switch off biceps katanya. Jangan jadi heater, Din mungkin picture husband yang anda nantikan walaupun lutut dia pernah inject.

Lepas sampai tu, sebab hari dah lewat, kami pun membahagikan diri sendiri kepada 4 kumpulan untuk 4 juadah berbeza. Kumpulan 1, saya dengan colleague Geng 78 iaitu Akmal muahaha dan beberapa gegadis lain termasuklah wife Hafiz, kak Aishah, kawan Tokie, Liyana dan Nisa bergabung dengan Kumpulan 2 untuk masak ayam dan grilled black pepper lamb.

Kumpulan 3 buat nasi jagung dengan cocktail (kot, entah gelap-gelap waktu tu dah tak nampak deorang buat apa hahaha) dan kumpulan 4 buat grilled potato dan coleslaw. Katanya nak foodgasm kan, juadahnya pun mestilah ber-gasmgasm. By the way, nama aktiviti ni ialah Ketuk-ketuk Zulhijjah *haa, suka tak, ketuk-ketuk ni?*

Afiq dan Tokie sedang memasak. (Cue lagu Saujana - Keluarga Bahagia) 

Waktu dah gelap tu, ada yang mandi, main air, makan kuaci tepi sungai hehe, ada yang siapkan juadah. Abang Fauwaz goreng cekodok, jadi sambil-sambil masak tu ada lah alas perut. Waktu masak ni barulah tahu kenapa berat sangat barang petang tu. Sebab kami bawak 2 set lesung batu y’all sebab miscommunication, memang berat gila mana ada orang camping bawak lesung batu 2 set huhuhu satu set je dah cukup. Kesian Ostad kena pikul dua set lesung batu.

Sia-sialah bawak dua set lesung batu kalau tak pakai kan Ostad hewhewhew


Seronok jugak waktu tu, rasa kegelapan datang perlahan-lahan, tapi kita ada sekeliling orang-orang yang kita percaya dan suka dekat tengah alam ciptaan Tuhan yang indah. Saya mandi dekat sungai kejap dengan Irsyad, ada tempat yang dalam sampai tenggelam kepala, ada tempat cetek. Tapi seronok sebab kumpulan kami je duduk situ. Belakang tu nampak air terjun lawaanyew awaa

Muncullah ibuku, si ikan piranhaaa~
Dari kiri: Bawang Putih, Bawang Merah, Bawang Kecil, dan err, Bawang Holland

Oh tak dilupa juga tugasan waktu tu memerhatikan Ostad. Dok perhati je, waktu tu saya mula perasan sesuatu. Ostad kali ni nampak macam berfikir dalam, tak macam sebelum-sebelum ni join mana-mana program dengan dia, dia happy je. Kali ni dia bergurau, bergurau jugak, tapi lepas bergurau dia diam semula, lepas tu muka dia muram, macam berfikir sesuatu.

Lepas dah siap masak dan mandi, kami pun berkumpul untuk makan malam. Weyy sedap gila walaupun rasa badan mengantuk dan letih haha. Lazatnya ada ayam bakar, kambing bakar, kentang bakar, coleslaw bakar. Siap ada cocktail ais lagi, tak sia-sia hampir pitam mengangkut coolbox sambil hiking muahaha

Masa masak je ada gambar. Masa makan semua khusyuk dah takde sape nak amek gambar



Kek kukus awaa! Tengah hutan ada pastry OK


Sambil makan tu, riuh jugaklah kami bersembang-sembang. Lepas tu si Akmal dengan Iwan asyik membahan je saya dengan Din sebab kami berdua budak MRSM Jasin. Deorang cerita pasal senior MRSM Jasin yang mengasaskan Hospital Beyond Boundaries atau nama pendeknya, HBB. Iwan, Akmal dengan Din 3-3 ahli kuat HBB. Akmal kata senior kau bangga sebab ada tugu dekat MRSM Jasin yang SPM nombor satu tu bahahaha

Din pun tak mudahlah kuat membahan. Dekat YYBTN tak boleh bercakap, mendengus je mampu sebab cedera. Lepas dah boleh bercakap tu hmmm habis semua kena bahan dengan dia. Dia kata mula dia nak cover, tapi sebab Akmal, dia terkeluar jugak personaliti sebenar dia

Comelnyeww panda ni bergayut dekat kayu balak 

Lepas habis makan, kami pun basuh pinggan, lepas tu solat jamak Isyak dan Maghrib. Dekat sini tak macam YYBTN yang semua tapak kem kami sejuk sampai kena tidur rapat-rapat gila, dekat sini agak panas jugak, duduk tak buat apa pun dah berpeluh.

Lepas solat, kami ada sesi perkongsian dengan Asaidah aka Rani Mukherjee tentang pengalaman beliau backpacking di India. Sebagai seorang wanita Muslimah ewah, mestilah nak tahu kan apa pengalamannya mengembara sehingga ke Kashmir. Berdua je perempuan pulak tu, lagilah kagum. Sambil-sambil perkongsian tu, air kopi dan teh panas dihidangkan. Kami pun mendengar sambil menghirup secangkir minuman panas berlatarbelakangkan malam gelap dan sungai yang mengalir haagitu.


Aksi Majalah Manggis - membasuh kuali, menghunus pisau dan mencelup tangan ke dalam kole (??!) di tepi sungai

Malam ni, bulan memang cerah, jadi tanpa bantuan lampu pun pandangan mata agak jelas. Boleh nampak sungai mengalir, nampak air terjun di kejauhan, nampak dedaunan. Cuma liputan awan menyembunyikan bintang dari penglihatan.

Lepas tamat sesi perkongsian, kami bahagi-bahagikan tugas sentry. Kami kena berjaga sentry sebab kedudukan khemah kami betul-betul sebelah sungai, takut kalau malam tu hujan dekat hulu berlaku kepala air. Jadi kami kena berjaga kalau ada tanda-tanda aras air nak naik. Mula saya dengan Akmal #Geng78 #kongsigelap hewhew nak ambil pukul 12-1. Tapi Amar kata dia nak ambil slot tu sebab dia nak betulkan khemah kami. Jadi saya dan Akmal ambil slot 5-6 dan kami kena kejutkan orang bangun Subuh.

Sekejap je rasanya lelap, tiba-tiba Amirul dah kejutkan sebab giliran sentry saya dengan Akmal dah sampai. Kami pun bangun, pergi ke unggun api, duduk menunggu pukul 6. Mengantuk gilaaa waktu tu. Sempatlah jugak kami ke tandas sementara orang lain belum bangun bahahaha. Ada pulak yang alarm berbunyi pukul 5 tapi tak bangun pun. Hmm mungkin niatnya nak bangun tahajud di tengah belantara tapi tidak kesampaian.


Apa yang Tuan Pengarah Amar cuba lakukan ini? Hmmm


Yang bangun sentry saya, Hafiz dengan Akmal. Kami bertiga sambil terkebil-kebil mata menahan mengantuk, borak-borak ringan. Abang Fauwaz ada jugak, tapi dia belayar dah dalam bahtera hahaha

Seronok jugak perasaan waktu tu. Hujan renyai-renyai sepanjang kami berjaga, mendengar hanya alam yang bersuara, tanpa ada bunyi kereta, tanpa bunyi jentera. Dekat-dekat pukul 6 hujan berhenti. Dah pukul 6 tu saya pun kejutkan semua orang dekat khemah, tapi semua tak bangun, saya pun baring balik nak lelap kejap hahaha

Tak lama tu abang Fauwaz datang, lepas tu dia gelak je. “Ingatkan dia kejut orang, rupanya dia join sekali!” kata abang Fauwaz. Muehehehe ngantok abah. Hampunnnn


Lepas kami semua bangun, solat subuh, Ostad Fairus pun memberikan kuliah Subuh beliau yang bertajuk, eeerr tadabbur alam? Hmm begitulah lebih kurang, Ostad menceritakan tentang melihat kebesaran Allah melalui alam ciptaanNya dengan menggunakan beberapa contoh nas ayat al-Quran. Tidaklah diciptakan sesuatu dengan sia-sia, melainkan untuk manusia berfikir.


Infinity Pool, Jerangkang

Selepas selesai kuliah Subuh, kami pun berkemas dan mula memasak makan tengahari untuk dibawa naik ke air terjun tingkat 40. Sarapan pagi disediakan abah abang Fauwaz, leftover makanan malam tadi hehehe

Waktu ni, tiba-tiba Iwan kata saya dah nampak makin kurus. Dia kata masa dekat Batu Maloi, first time jumpa dia kata dalam hati “Eeee, gemuknya budak ni!” Bahahaha kongajaq nenek kebayan. Cisss sampai ati kata kita gemuk. Bukan gemuk laa tapi gebu muahahaha #perahsantan

 Memulakan pendakian ke air terjun tingkat 40

Iwan pun share tips-tips untuk terus mendapatkan bentuk badan yang cantik. Katanya jangan bagi badan layut, kena dapatkan bentuk badan yang terletak muahahaha *macam mana tah maksudnya badan terletak hmmm*

Menu lunch kami, setiap group kena sediakan nasik lemak, sambal ikan bilis dengan tom yam. Lepas bersiap-siap makanan lunchpack kami dan bersarapan, saya, Yunuss dengan Tokie shoot dulu ke atas sebab nak sediakan permainan cinta untuk anak-anak.

Seperti biasa, ingatkan katanya santai, macam air terjun Sungai Tekala ke, Sungai Chiling ke, sekali pendakiannya mencanak dekat 90 darjah. Aaaa apeni awaa. Sekali lagi daku diuji kena hiking naik ke atas sobs3. Dalam hati ku berkata, adakah Yunuss ni nak menguji guwe karena guwe baru pulang dari G7. Guwe enggak kuad. Sambil tu kena bawak barang-barang aktiviti dekat atas lagi. Adoiii

But there’s no turning back. Kuatkan diri, terus melangkah. Ada beberapa kali jugak saya berhenti. Lepas tu Yunuss tanya kalau nak tukar beg, sebab beg Yunuss galas belakang, beg yang saya bawak pulak beg shopping mokcik-mokcik, tak sesuai nak mendaki sebab takde tempat nak pegang. Tapi beg Yunuss berat gila y’all macam ada batu betul huhuhu.

Saya angkat je dah nak terlipat dua pinggang. Saya kata dekat Yunuss takpelah, saya bawak beg yang lagi satu tu jelah. Rasa macam eee malu nak mengaku dah pernah panjat G7 waktu tu bahahaha. Paling segan Tokie pulak yang tolong bawak beg tu, lepas tu saya lenggang kangkung naik atas hahaha

Pastu Yunuss kata, “Ni kalau coach nampak ni dia marah Bad bagi barang orang bawak!” mujur Coach Fareez tak pegi, kalau tak mesti kita kena bebel hewhewhew

Anak-anak bermain air

Ingatkan sejam perjalanan ke atas, tapi kami sampai lepas 30 minit je. Sampai je, berehat kejap, lepas tu kami terus set up permainan KL-Kozan. KL – Kozan ni ialah satu permainan minda yang memerlukan peserta untuk mencari flight kapal terbang paling singkat antara KL dan Kozan. Jadual penerbangan tu pulak ditampal dekat pokok sekitar kawasan tu, jadi peserta kena berlari nak tengok jadual penerbangan ke setiap destinasi.

Lepas peserta datang, kami pun terus sediakan cempedak goreng sebagai ganjaran untuk pemenang KL – Kozan. Rupanya beg Yunuss berat nak separuh kojol sebab dia bawak buah cempedak. Dalam sepuluh bijik waaa manalah tak beraaaat



Cempedak goreng yawww!


Lepas KL – Kozan, kami ada sediakan teka-teki, lepas tu peserta kena bertanding buat onde-onde, lepas siap onde-onde baru boleh mandi hehehe. Waktu ni peserta ramai dah tension sebab belum lagi dapat mandi hahaha sorry y’all

Lepas dapat mandi tu, apa lagi, semua menyerang air terjun. Kami pun bermandi-mandalah seperti tiada esok lagi ewah. Rupanya time mandi tu baru tahu Ostad Fairus tak pandai berenang. Jadi Iwan sepanjang hari tu ajar Ostad macam mana nak mengapungkan diri, water confidence, dan juga teknik menendang-nendang air.

Kali ni, Iwan bantu Ostad untuk dapatkan keyakinan masuk dalam air. Ostad kena paksa dengan Iwan terjun dalam air yang dalam dari aras kepala. Berapa kali entah Ostad nak terjun je dia berhenti sebab takut muahaha

Sampailah akhirnya lepas mengumpul seluruh kekuatan jiwa raga, dia berjaya terjun. Wuuu tahniah Ostad berjaya menakluk ketakutan diri sendiri! Syabas, kami bangga dengan Ostad *ehem, dah puji-puji ni silalah belanja ye. hehehehe*


Amirul spoil!! Tangan dia sorang je tak angkat!

Setelah bergambar-gambar dengan penuh kegembiraan, kami pun solat jamak Zohor dan Asar, dan berkumpul sebab nak makan lunch dan mengumumkan pemenang pertandingan memasak onde-onde. Sementara menunggu semua orang berkumpul tu sempatlah saya tidur dulu wooo penat gila rasanya.

Pemenang pertandingan onde-onde ialah kumpulan 4, menerima hadiah dua botol air hundred plus *selamat aku tak payah bawak turun dah. Bawak naik tadi 3kilo dah kena kendong berat tahu tak*




Onde-onde siap untuk diadili!


Lepas tu, kami mengangkut balik semua barang turun ke kem. Sampai ke kem, abang Fauwaz dengan Akmal Geng78 #kongsigelap dah menunggu dengan bubur kacang. Tapi kami kenyang gilaaaa waktu tu dekat atas dah makan cempedak goreng, lunch dengan onde-onde hahaha


Apakah nama panda yang suka bermain air?
- Pandalela Dugong hewhewhew

Sampai bawah tu kami pun kemas-kemas barang. Sekali ada satu periuk ayam rebus yang langsung tak bersentuh dan dah berbau dan berlalat. Adoi waktu tu Iwan ajak saya kebumikan, kami berdua pun mengorek lubang tepi sungai untuk menyempurnakan jenazah ayam-ayam tu. Busuknya ya tohannn.



Saksikan telenovela terbaru di TV al-Hijrah, El Jerangkang No Es Como Lo Pintan. Dibarisi pelakon handalan tanahair, La Nina sebagai ibu, Eunossoz el Chicozz sebagai penanam tembikai, Qeemo Tahiroe sebagai pemandu, Afique del Alburquque sebagai ketua keluarga, Pandalela Dugong sebagai hmm watak comel, Amiro Shazzco dan Eerisyardo Esteban sebagai anak dan last but not least Rebecca Risya Aguilera sebagai tukang masak

Babak 1: Drama bermula apabila Amiro Shazzco pergi bercuti bersama Eunossoz el Chicozz di Lata Jerangkang

Babak 2: Pandalela Dugong bersemuka dengan Eunossoz.
Pandalela: You jangan tak tahu I nampak you dengan Amiro! I tahu you nak rampas harta keluarga kami!
Eunossoz: Por favor Pandalela, you mabuk! I dah cakap jangan hisap lumut dalam hutan, ada racun pengkhayal!

Babak 3: Rebecca Risya Aguilera sedang bermonolog
"Tak guna punya keluarga. 15 tahun aku kerja SOCSO takde, KWSP takde, Annual Leave takde! Rasain lo, makan masakan guwe ini!"

Lepas siap mengemas tu, kami bertolak semula menunggu 4 wheel dekat entrance. Kami kena hiking turun kali ni, waktu tu barang pun kena kendong turun sekali lagi. Waktu tu ingatkan semua barang dah habis pakai, rupanya banyak lagi ration tak berguna huhuhu

Dekat entrance, 4 wheel dah tunggu, kami pun bahagi kepada dua kumpulan seperti hari semalamnya, angkut barang naik 4 wheel dan kemudian bermula juga episod roller coaster nak kembali ke ketamadunan hahaha

Kami sampai ke Masjid Kg Gelugor waktu lepas Maghrib, tapi sebab kami semua rasa kotor dan air pulak takde dekat tandas, kami tak berhenti ke masjid tapi berhenti minum dekat kedai sebelah masjid tu. Tiba-tiba dekat kedai tu kami buat upacara penutupan tak rasmi.

Tapi banyaklah benda tak sempat disimpulkan, seperti permainan memerhatikan orang, kenapa aktiviti kami padat, apa pengajaran dari setiap aktiviti. Dan paling mengecewakan masing-masing bawak baju kerjaya, tapi sebab masa terlalu suntuk, tak sempat pakai pun untuk sesi fotografi. Kami memang dah rancang setiap satu aktiviti tu dan pengajaran di sebaliknya, tapi apakan daya. Masa mencemburui kita hewhew #alasanklise

Lepas kami agihkan semula barang, kemas semula, kami pun bergerak ke R&R Temerloh untuk mandi, solat dan makan malam.

Waktu menunggu shower kosong, waktu tu sempat sembang dengan Ostad Fairus.

“Ostad, sebenarnya kita kena perhati Ostad. Kita perasan Ostad ni macam berfikir sesuatu je Ostad. Kenapa Ostad? Selalu nampak Ostad happy je mana-mana trip.”

Rupanya Ostad kata dia tertekan sebab dia kena bagi tazkirah pagi tu. Dia kata kalau spontan takpe, jangan bagitahu awal-awal. Kalau bagitahu awal nanti dia stress. Kesian Ostad. Dekat sini saya belajar satu lagi benda. Mungkin benda tu bagi kita remeh sebab kita nampak orang tu selalu dan biasa buat, tapi bagi orang tu walaupun dia selalu buat, sebenarnya benda tu besar bagi dia. Kita fikir Ostad dah selalu bagi tazkirah, ibrah apa semua, nampak macam mudah bagi dia, tapi sebenarnya walaupun nampak dia OK, sebenarnya untuk berucap depan khalayak dia kena mengumpulkan kekuatan diri sendiri. Begitulah.

Lepas kami siap mandi, kami pun bergilir solat, kemudian makan malam. Lepas makan malam, kami pun bersalam-salaman kali yang terakhir, sebelum masing-masing bergerak sendiri-sendiri ke destinasi masing-masing *sobs3*

Masuk kereta je, ambik kau, tak sedar apa-apa dah. Sebab badan dah wangi *hehe*, dah solat, perut dah kenyang. Sedar-sedar je dah dekat pondok guard taman perumahan Aizuddin.

Saya, Amirul dengan Irsyad menumpang tidur rumah Din malamnya sebab semua dah malas nak balik rumah. Esoknya, bangun-bangun je dah ada sarapan. Wah baik gila Din serius, malu kami tetamu dilayan bagai raja hewhewhew #budakMRSMJasinHatiMulia *jeling Edah dengan Ita hehehe*

Itulah ceritanya kami di Jerangkang Campfire and Foodgasm hari Malaysia tempoh hari. Sebab kali ni kali pertama jadi AJK Aktiviti cum Biro Program, barulah nampak betapa tertekan nak menjayakan sesuatu program. Tapi alhamdulillah, banyak belajar benda baru especially dari Yunuss, Tokie dan Iwan. Tak dilupakan kawan-kawan AJK-AJK yang lain.

Sekian saja edisi outdoor kita kali ini. Seperti biasa, terima kasih atas segalanya, dan mohon ampun andai terkasar bahasa. Sungguh tiada terdetik niat untuk menyakiti, melainkan semata-mata untuk bercandat bercanda merapatkan ukhuwah fillah ehewah. Moga anda beroleh manfaat dari nukilan ini.


Sekian, assalamualaikum dan jumpa di edisi yang seterusnya!

XOXO

No comments:
Write curses

Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter